MUJAHIDEEN

 



Mujahideen muncul di Afghanistan muncul selepas penjajahan Kesatuan Soviet terhadap Afghanistan pada 1989 dan berperang sesama sendiri dalam Perang Saudara Afghan.

Anehnya Mujahideen disokong oleh CIA Amerika Syarikat dari segi kewangan, senjata dan latihan peperangan semasa pentadbiran Presiden Jimmy Carter dan Presiden Ronald Reagan. Mujahideen juga turut disokong oleh Arab Saudi, Republik Rakyat China, negara Eropah, Iran dan Pakistan. 

Ketika itu Pakistan di bawah rejim Presiden Muhammad Zia-ul-Haq. Agensi Perisikan Pakistan (ISI) menggunakan pelbagai saluran dan aktiviti bagi membantu Mujahideen, agar tentera Soviet Rusia tidak sampai ke pintu rumah Pakistan. Mereka dipanggil sebagai hero kerana dapat mengalahkan tentera Kesatuan Soviet yang jauh lebih besar dan gagah. Presiden Ronald Reagan memanggil mereka sebagai pejuang kebebasan tulen.

No comments:

Post a Comment

The Taliban are a movement of religious students (talib) from the Pashtun areas of eastern and southern Afghanistan who were educated in tra...